Saturday, 25 June 2016

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR


Perkongsian dari Ustaz Muhadir di IKIM pagi tadi...
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..

1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...
Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...
Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...
Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.

Friday, 24 June 2016

Salam mawadah wa rahmah buat rakan rakan yang diingati sekelian.. Bertemu kembali di lembaran Ramadhan untuk kita sama-sama menghayatinya. Pastinya peluang yang ada untuk beramal tidak akan di tinggalkan begitu sahaja. Begitulah Ramadhan yang kita lalui setiap tahun..Dan seharusnya kita bersyukur kerana dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini.Rahmat dan kasih sayangNya,kita masih lagi dikurniakan dengan nikmat iman dan Islam. Moga kita tidak menjadi hambaNya yang kufur tetapi terus bersyukur dan berbakti kepadanya jua..

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai satu kebiasaan.Sehingga pada suatu ketika individu itu sukar untuk meninggalkan kesalahan tersebut.Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Maka marilah kita bersama-sama mengkoreksi diri bagaimana tahap kualiti diri masing-masing.Beberapa perkara boleh diaplikasikan untuk mengatasi fenomena ini: seharusnya kita perlu merasa keagungan Allah swt,mendalami ilmu syari’, mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh,tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk),banyak mengingati mati dan memuhasabah diri tatkala datang kelemahan.Menurut Ibnu Qayyim pula, bagi mengatasi kemalasan dari kekerasan hati ialah, pertama alihkan hatimu dari kekerasan dunia lalu tempatkan ia diakhirat,kedua hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian Al-Quran.

Justeru, marilah kita sentiasa menanamkan kesungguhan untuk terus mentarbiyah diri,Sesungguhnya,Bulan Ramadhan ini merupakan medan tarbiyah yang paling berharga untuk diikuti bermula dengan puasa itu sendiri, tadarrus Al-Quran, bersolat terawih, bersahur, memperbanyakkan sedekah, beriktikaf, berzikir, berqiamullail, malam lailatul qadar dan berbagai lagi..Semoga Ibadah yang dilalui mampu menggugurkan sifat sifat mazmumah yang melekat didalam diri kita dan digantikan pula dengan sifat-sifat mahmudah..Sesungguhnya, selain didalam bulan Ramadhan musuh utama kita , musuh utama kita yang tida dapat dilihat ialah Syaitan dan nafsu, maka di bulan ramadhan ini hanya nafsu sahaja yang ada, sewajarnyalah kita mesti lebih kuat dan mudah lagi untuk membuat pelbagai kebaikan dan pengislahan diri. Alakulihal, wa ilallahi tur ja ul umur (kepada Allah tempat kembali segala urusan), maka perbanyakkanlah memohon pertolongan dariNya....

Akhirnya...Selamat memeriahkan bulan Ramadhan. Sekiranya para sahabat boleh menang berperang dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan....maka marilah kita sama sama berperang melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan agar kita dapat hidup suburkan Ramadhan kali ini dengan iman dan taqwa kepada Rabb kita dalam membentuk peribadi yang mulia...InsyaAllah...
Jazakumullahukhairan kathira….
Wassalm.
Risalah Ramadan utk dikongsikan:

Monday, 30 November 2015

Tahniah kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2015

Tahniah kepada pelajar pelajar cemerlang 2015 SKSR...Alhamdulillah seramai 30 orang murid berjaya memperolehi 5A..Tahniah dan syabas buat semua begitu juga buat guru guru yang terlibat...Begitu juga buat semua calon UPSR 2015...Teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang kerana perjalanan anda masih jauh lagi...Ustazah doakan kamu semua berjaya dunia dan akhirat....


Saturday, 14 November 2015

Hari Anugerah Cemerlang SKSR 2015

Alhamdulilah....Persekolahan untuk tahun 2015 sudahpun sampai kepenghujungnya...Dengan izinmu ya Allah semua murid murid SKSR dapat menjalani hari-hari persekolahan dengan jayanya..TAHNIAH Ustazah ucapkan kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang pada tahun ini...usaha dengan lebih gigih lagi untuk kejayaan demi kejayaan...Selamat Maju jaya dari Ustazah untuk semua....TAHNIAH DAN SYABAS dari Ustazah.. 

Wednesday, 30 September 2015

ISTILAH KSSR (Bahasa Arab ke Bahasa Melayu)


ISTILAH KSSR

الوثيقة المعيار الجودة          Dokumen Standard Prestasi

معيار المحتوى                   Standard Kandungan
معيار التعليم                       Standard Pembelajaran
المستوى / المستويات          Aras / Tahap / Band
منهج الدراسي                     Sukatan pelajaran
دليل منهج الدراسي             Huraian sukatan pelajaran
الربط والتكامل                   Gabung jalin
المعلومات السابقة               Maklumat terdahulu
الربط بالمواد الاخرى         Hubungkait dengan subjek lain
تسمية                                Menamakan


الإصطلاحات اللازمة المستخدمة في كتابة خطة التدريس

ISTILAH2 YG SELALU DI GUNA UTK MENULIS RPH

الاصطلاح او العبارات معانيها

القدرة على ..... / يستطيع.../ يمكن....   Mampu untuk ……..
نطق الكلمات او العبارات او الجمل   Menuturkan kalimah,ungkapan,ayat
ذكر الكلمات او العبارات او الجمل   Menyebut kalimah,ungkapan,ayat
استخدام الكلمات او العبارات او الجمل   Menggunakan kalimah,ungkapan,ayat
التمهيد   Set induksi
الكلمات او العبارات او الجمل البسيطة   Kalimah,ungkapan,ayat yang mudah
الكلمات او العبارات او الجمل المتصلة   Kalimah,ungkapan,ayat yang bersambung
الكلمات او العبارات او الجمل المتفرقة / المنفصلة   Kalimah,ungkapan,ayat yang berpisah
المحتويات   Isi kandungan
الأنشطة   Aktiviti
التركيز على .....   Fokus kepada ......
الوسائل الـمَعِينة   Bahan bantu mengajar
الوثيقة المعيار الدراسية   Dokumen Standard Kurikulum
الوثيقة المعيار الجودة   Dokumen Standard Prestasi
معيار المحتوى   Standard Kandungan
معيار التعليم   Standard Pembelajaran
المستوى / المستويات   Aras / Tahap / Band
منهج الدراسي   Sukatan pelajaran
دليل منهج الدراسي   Huraian sukatan pelajaran
الربط والتكامل   Gabung jalin
المعلومات السابقة   Maklumat terdahulu
الربط بالمواد الاخرى  Hubungkait dengan subjek lain

MANUAL PENGISIAN DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI JOHOR

 1stop data center jpnj
Klik gambar di atas untuk ke laman 1stop data center jpnj

1.    Semua sekolah rendah dan menengah diminta melengkapkan data berkenaan untuk membantu Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mendapatkan data sebenar bilangan Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Bahasa Arab (GBA) untuk membandingkan data Guru Penolong Agama (GPA) diperingkat Kementerian Pendidikan Malaysia didalam E-Operasi.

2.    Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Penolong Kanan Pentadbiran (GPK 1) perlu memastikan Norma Guru yang diisi adalah berdasarkan kepada Opsyen/Pengkhususan Pertama guru tersebut. Walaubagaimanapun terdapat guru yang mempunyai 2 Opsyen Utama/ ‘Double – Option”.

3.    Sila lengkapkan pengisian data berkenaan dalam Portal One Stop data Centre JPNJ.

4.    Paparan berikut adalah proses pengisian data tersebut.

Klik di sini untuk ke manual pengisian data GPI dan GBA
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...