Sunday 2 August 2015

AKTIVITI BERKUMPULAN (MEMBUAT BUKU SKRAP B.ARAB)

Hari ini bersama 4 Setia....membuat buku skrap b.arab... murid murid dikehendaki membina ayat mudah sekurang kurangnya 3ayat berdasarkan gambar...


tengok tu....seronok budak budak ni...menjalankan aktiviti berkumpulan...

Kajian menunjukkan kebanyakan pelajar tidak cemerlang dalam kerjarumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu apa yang patut dilakukan. Guru sepatutnya memberikan sedikit masa untuk menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?
b. Apa kaitan sesuatu subjek dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.

Pelajar yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa kebaikan dan kelebihan pelajar dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini pada masa akan datang. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah,puji-pujian, pelepasan dari tugas harian, dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan terhadap pencapaian yang diperolehi tetapi juga terhadap usaha yangdiberikan. Berikan insentif agar pelajar berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana motivasi dalaman pelajar.

Guru mestilah sedar bahawa setiap pelajar memerlukan daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya, memberikan peluang pelajar memilih satu dari dua tiga tajuk untuk disiapkan, atau satu dari beberapa aktiviti untuk mereka melibatkan diri, memberikan juga mereka kuasa memilih. Adakan juga aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan agar mereka bebas menyumbang sebarang idea.

Keseronokan dalam belajar menyumbang kepada... minat murid untuk belajar....



1 comment:

  1. salam ustzh, saya ingin bertnya, pda pendpt ustazh, sesuai x kalau saya jadikan buku skrap ni utk mmbntu pelajar dalam mghafal perbendharaan kata b.arb dengan mudah,

    ReplyDelete

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...