Tuesday 24 October 2017

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim....
Alhamdulillah.....

Hanya seoarang guru sahaja yang memahami tika dan saat ini.......waktu-waktu di penghujung tahun...Macam-macam perkara nak buat...tidak boleh tidak semua perkara itu perlu diselesaikan....sebelum bermulanya cuti sekolah....

Ditangan kanan menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun dan segala kelengkapannya.....ditangan kiri menyelesaikan pula tugas-tugas sampingan yang lain......itulah guru....

Alhamdulillah tika dan saat ni saya dapat menyiapkan soalan peperiksaan akhir tahun untuk tahun 6 disamping menyediakan segala bahan  SKPMg2 untuk fasa ke3...pelan pelan cikgu....jangan fikir beban...kerana semua itu bukan beban....semua itu adalah bidang tugas kita yang memang kita dah buat.....senyum... pasitif....inshaaAllah kita akan dapat menyelesaikan semua tugas kita dengan baik....InshaaAllah.... :) :) :)





Sunday 8 October 2017

SEKOLAH INSPIRASI SKPMg2

Bismillahhirrahmanirrahim...
4 Oktober 2017

Alhamdulillah selesai sudah taklimat bersama Nazir berkaitan Sekolah Inspirasi SKPMg2....subhanallah banyaknya maklumat yang sudah terlepas pandang.....Hari ini 4 Oktober 2017 barulah jelas segala tugas dalam SKPMg2...

Memang kena hadam betul tentang ni....sebab sekolah SK Simpang Rengam telah terpilih sebagai Sekolah Inspirasi SKPMg2......Allahuakbar...besar tanggungjawab ini....semoga semua guru SKSR dapat menggalas tugas ini dengan penuh komited.









Friday 22 September 2017

PENGGUNAAN APP DLM PDPC PAK 21

Penggunaan app dlm pdpc PAK 21 Frogplay, Plickers, Kahoot,Quizizz, socrative, Zipgrade selagi ada kita gunakan...pelbagaikan soalan sebagai latih tubi....memang berbaloi..

Apa pnting semua app yg kita guna ada kelebihan masing2......pada saya biar kita guna pelbagai..supaya murid x bosan.....seronok dlm pdpc dgn pelbagai gaya...

Yang penting semua app yg kita guna biarlah melalui vle frog...murid buka melalui vle.......bolehlah tambah KPI murid...
InshaaAllah kita cuba buat yang terbaik...
Jika kita mahu...semuanya akan jadi yang terbaik....😍😍😍

Semuanya app tersebut saya dah buat tutorial...dan share diblog saya,di group fb dan group telegram ..smg bermanfaat...😍

-Ustazah Siti-











Monday 24 July 2017

PERCUBAAN UPSR


Semoga Anakanda Nur  Syatirah Amalia dan calon UPSR SK Simpang Rengam berjaya dengan cemerlang Dunia dan Akhirat....Aamiin

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Monday 5 June 2017

SAMPUL RAYA 2017

Assalamualaikum....
Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah.....

Harini saya nak kongsi design sampul raya untuk rakan-rakan yg berkunjung ke blog saya...rakan rakan boleh download dan edit di powerpoint atau words untuk letak gambar sendiri atau keluarga.haaa bila lagi nak ada sampul duit raya sendiri kan.....rakan-rakan boleh print di kertas A4 kalau nak jimat.....kalau nak cantik sikit boleh print di kertas yang mahal sikit tak silap saya glossy paper kot namanya hihi....leh tanya kedai... :) :) :) Biasa saya buat sampulni satu A4 satu sampul...kalau nak comel sikit bolehlah buat 1 A4 dua sampul.....ok.....tu saje senang je....
selamat berpuasa dari saya.....:)









yang dibawah ni pula ialah contoh sampul saya.... :)









Saturday 20 May 2017

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Alhamdulillah 
Minggu depan akan bermula PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 
Kali ni saya ingin menggunakan zipgrade utk omr dlm peperiksaan tersebut...kita guna teknologi yang memudahkan kerja kita....dengan mengguna hp Yes yang semua guru dapat...pemberian yang sangat berguna jika kita menghargainya...jangan simpan cikgu...gunakan fon tersebut sebaiknya..




HARI GURU SKSR 2017

SAMBUTAN HARI GURU 
SK SIMPANG RENGAM 2017
TEMA : FAIRY TALES

Alhamdulillah Sambutan hari guru sksr telah berjaya disambut dengan meriah sekali....Semua guru sangat sporting dgn costumes masing masing....Tahniah buat semua guru SKSR...anda mmg hebat...jadikan SKSR seperti disneyland....tak yah gi jauh jauh...semua ada di SKSR hihi.














Friday 12 May 2017

LDP PdPc PAK 21

LDP PdPc PAK 21
SK Simpang Rengam
Bersama Ustazah Siti

Alhamdulillah....pada 22 April 2017 bertempat di Makmal Komputer SKSR....LDP PdPc PAK 21 telah berjaya dilaksanakan.......antara PdPc PAK 21 yg di bentangkan ialah Set Induksi dalam PdPc, Objektif, aktiviti Plickers dan Kuiz Vle Frog...Semoga ianya bermanfaat buat semua guru-guru SK Simpang Rengam.




Semangat betul Pn Kamisah.... 

Penuh kesungguhan utk menjawab soalan..


GB juga turut serta utk mnjawab...Tahniah Pn Nortijah....


Ingat anak murid je yg berdiri.....cikgu pun bersungguh utk menjawab soalan Tahniah Pn Zahrah Banu.....anda Hebat...

apa ye jawapan nye ni.....cahiyokkk cikgu Raof...

Alhamdulillah....Terima kasih buat semua guru sesi pagi dan petang kerana telah bersama dalam LDP PAK 21 kali ni....Semoga apa yang saya sampaikan memberi manfaat buat semua cikgu.....Tahniah dan syabas juga buat semua...kerana ramai yg dapat gula-gula pada hari tersebut.....
Terima kasih dari saya
Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...