SKPMg2

Bismillahhirrahmanirrahim...

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  (PPPM) 2013-2025 yang menggariskan strategi dan inisiatif  mendokong usaha transformasi sistem pendidikan kebangsaan secara menyeluruh. Pelaksanaan PPPM 2013-2025 menyebabkan berlakunya perubahan dalam dasar pendidikan negara. Hal ini menyebabkan terdapat keperluan semakan semula terhadap SKPM.


Penggubalan semula SKPM adalah selaras dengan subseksyen 117(a), Akta Pendidikan 1996 yang memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah (KNS) untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan, walau bagaimanapun subseksyen 117(a) berfokus kepada bidang pengajaran, bidang pengurusan institusi pendidikan juga termaktub dalam skop kewajipan KNS dan Nazir Sekolah (NS) seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen 117(b),(c),(d) dan sub seksyen 121


SKPM adalah instrumen penilaian yang digunakan untuk menilai kualiti pendidikan secara berterusan ke arah pencapaian bertahap tinggi. Pihak sekolah menggunakan SKPM sebagai panduan pengoperasian sekolah mengikut keperluan dan kepentingan bagi meningkatkan prestasi. Penilaian kendiri dilaksanakan bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah untuk penambahbaikan

Alhamdulillah....disini saya ingin berkongsi bahan-bahan berkaitan dengan SKPMg2..Sebagai sekolah Inspirasi SKPMg2 saya bertanggungjawab untuk berkongsi segala maklumat yang saya dapat semasa kedatangan Nazir kesekolah kami pada 4 Oktober 2017...

Berikut ialah bahan SKPMg2 yang cikgu2 boleh terus download dgn klik pada tajuk dibawah :








Saya mohon tiada email yg diberi kerana bahan2 yg terdapat didalam blog saya cikgu2 boleh terus download shj pada pautan yg telah saya sediakan pada setiap tajuk diatas.....
Semoga bermanfaat.

Saya mohon bahan bahan tersebut adalah untuk kegunaan cikgu sahaja tanpa diperdagangkan...atau ada unsur jual beli....

Taklimat SKPMg2 bersama Nazir


Lawatan penanda aras Sekolah Inspirasi SKPMg2

3 Fail yang perlu disediakan utk tahun 2017
Fail Fasa 1
Fail Fasa 2
Fail Fasa 3

SEtiap fail tersebut mengandungi Semua Standard SKPMg2 1-4

Tulang Fail SKPMg2

Lembaran baru utk SKPMg2 .......utk tahun 2018 hanya 2 fail shj diperlukan....Fail Fasa 1 dan Fail Fasa 2.....segala dokumen2 yg diperlukan cikgu boleh terus download dari portal SKPMg2...


-Dari Ustazah Siti....





1 comment:

  1. trm ksih brkongsi bahan ustzh<mohon izin print & guna ye..
    tq^_^

    ReplyDelete

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...