PBPPP & PPPB



APA ITU PBPPP DAN FILE PPPB GURU

PBPPP penilaian baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

SOALAN SERING DITANYA MENGENAI PPPB DAN PBPPP

Adakah Isi Fail PPPB dan PBPPP adalah benda yang sama
Benarkah File PPPB sub bahagian (komponen) untuk PBPPP
Bolehkan Menggabungkan File Profile PPB bersama File PBPPP

Apakah PPPB

PPPB ialah Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan juga dikenali dengan Profil PPB. (Peningkatan Ilmu). Tiga Tahun.

Apakah PBPPP

PBPPP ialah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan juga dikenali dengan ePrestasi. (Prestasi Guru). Tahun Semasa.

Namun apa yang pasti, Dalam objektif PBPPP sendiri dah ada tertulis Perlaksanaan PPPB. Jelas masih ramai yang keliru. Ada baiknya pihak KPM perlu menggerakkan jentera penerangannya agar kekeliruan ini tidak menjejaskan motivasi para guru di Malaysia.

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP  2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).

Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan

Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut

Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP
Nilai profesional
Pengurusan aktiviti
Sumbangan
Kemahiran profesional PdP

Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP
Keberhasilan PdP
Keberhasilan kaunseling
Keberhasilan kejurulatihan


Profil PPB Individu (File PPPB)

Pada tahun 2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (File PPPB). Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang lengkap dalam sebuah File.

“Semasa merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga Allah merahmati warga guru.”
— Hootoh

Sepertimana biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada semua guru untuk menyediakan Profil PPB Individu Guru bagi memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua jabatan. Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?

ITEM DAN ISI KANDUNGAN PROFIL PPB INDIVIDU GURU

Bahagian Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:

Bahagian Isi Fail

A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan

B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan

D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja

E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain

F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan

PBPPP: Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Penilaian Bersepadu PBPPP, Instrumen PBPPP, Bahan-Bahan Profil PPB Individu Guru dan sebagainya sila Bookmark Halaman ini. Kerana Link Download dan Informasi Terkini mengenai PBPPP akan dikemaskini di halaman ini dari masa ke semasa. In Sha Allah semoga Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru dapat membantu dan bermanfaat untuk warga pendidik semua.


MAKLUMAT PENGURUSAN FAIL PPPB

 Muat turun Fail Microsoft Word untuk cetakan :


Cover fail adalah seperti berikut.... :


32 comments:

  1. Replies
    1. TERIMAKASIH USTAZAH .MOHON GUNA BAHAN.MOGA ALLAH MEMBERIKAN USTAZAH YANG TERBAIK..AAMIIN

      Delete
  2. Tahniah!.....trbaekkk.....dn mhon izin brkongsi bhn dn ilmu yg ad dlm blog ini...trima kaih!

    ReplyDelete
  3. tERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN, MOHON UNTUK MUAT TURUN BAHAN DI ATAS...

    ReplyDelete
  4. terima kasih cikgu atas perkongsian, dan mohon untuk share

    ReplyDelete
  5. trimas atas perkongsian..mohon halal download..

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUALAIKUM
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN ILMU INI. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK BUATMU..AAMIN

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM
    TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

    ReplyDelete
  8. Mohon share dan jazakillah kerana kandungan blog ustzh sangat membantu saya..

    ReplyDelete
  9. Jazakillah ustazah... Panduan ini sangat membantu saya untuk faham.
    Mohon share..

    ReplyDelete
  10. Mohon share dan jazakillah kerana kandungan blog ustzh sangat membantu saya..

    ReplyDelete
  11. mohon share ustazah..jazakillah..

    ReplyDelete
  12. Mohon share..sangat membantu.

    ReplyDelete
  13. Mohon share Ustazah.. syukran.. jazakillah kharal jaza'

    ReplyDelete
  14. MOHON SHARE DAN HALALKAN YA USTAZAH..MOGA BEROLEH KEBERKATAN..AAMIIN

    ReplyDelete
  15. Mohon share atau boleh minta emailkan fail PBPPP sebagai contoh yang telah dibuat pada saya di zukisktk2013@gmail.com semoga Allah memberikan kita rahmah dan maafirah

    ReplyDelete
  16. mohon share pbppp yg tlh dbuat pd email sy nurul_puteribalqis024@yahoo.com

    semoga dpermudahkan urusan ustazah..tq

    ReplyDelete
  17. Assalaamualaikum ustazah Siti.mohon share andai sudi fail pbppp dan cara pengisiannya
    Syukron
    dynoryta@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Mohon share ustazah.
    dynoryta@gmail.com

    Syukron ustazah.wassalaam.

    ReplyDelete
  19. Tahniah dan syabas dalam penghasilan fail yang terbaik.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum wbt Ustazah Siti..Terima kasih atas panduan dan perkongsian dpd Ustazah. Sangat membantu sy. Jazakillahu Khairan Kathiraa..Terima kasih ustazah

    ReplyDelete
  21. mohon share ustazah..terima kasih..

    ReplyDelete
  22. MOHON SHARE...TERIMA KASIH PUAN

    ReplyDelete
  23. Terima kasih Ustazah.. Minta izin share bahan, sangat membantu.. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan urusan rezeki Ustazah.. Aamiin

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...Mohon share dan edit...semoga dimurahkan rezeki cgu sekeluarga...aamiin.

    ReplyDelete
  25. terima kasih ..semoga di permudahkan segala urusan ustazah atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  26. terima kasih.sy mohon sebagai panduan

    ReplyDelete
  27. Terima kasih ustazah di atas perkongsian

    ReplyDelete

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...