Wednesday 30 September 2015

ISTILAH KSSR (Bahasa Arab ke Bahasa Melayu)


ISTILAH KSSR

الوثيقة المعيار الجودة          Dokumen Standard Prestasi

معيار المحتوى                   Standard Kandungan
معيار التعليم                       Standard Pembelajaran
المستوى / المستويات          Aras / Tahap / Band
منهج الدراسي                     Sukatan pelajaran
دليل منهج الدراسي             Huraian sukatan pelajaran
الربط والتكامل                   Gabung jalin
المعلومات السابقة               Maklumat terdahulu
الربط بالمواد الاخرى         Hubungkait dengan subjek lain
تسمية                                Menamakan


الإصطلاحات اللازمة المستخدمة في كتابة خطة التدريس

ISTILAH2 YG SELALU DI GUNA UTK MENULIS RPH

الاصطلاح او العبارات معانيها

القدرة على ..... / يستطيع.../ يمكن....   Mampu untuk ……..
نطق الكلمات او العبارات او الجمل   Menuturkan kalimah,ungkapan,ayat
ذكر الكلمات او العبارات او الجمل   Menyebut kalimah,ungkapan,ayat
استخدام الكلمات او العبارات او الجمل   Menggunakan kalimah,ungkapan,ayat
التمهيد   Set induksi
الكلمات او العبارات او الجمل البسيطة   Kalimah,ungkapan,ayat yang mudah
الكلمات او العبارات او الجمل المتصلة   Kalimah,ungkapan,ayat yang bersambung
الكلمات او العبارات او الجمل المتفرقة / المنفصلة   Kalimah,ungkapan,ayat yang berpisah
المحتويات   Isi kandungan
الأنشطة   Aktiviti
التركيز على .....   Fokus kepada ......
الوسائل الـمَعِينة   Bahan bantu mengajar
الوثيقة المعيار الدراسية   Dokumen Standard Kurikulum
الوثيقة المعيار الجودة   Dokumen Standard Prestasi
معيار المحتوى   Standard Kandungan
معيار التعليم   Standard Pembelajaran
المستوى / المستويات   Aras / Tahap / Band
منهج الدراسي   Sukatan pelajaran
دليل منهج الدراسي   Huraian sukatan pelajaran
الربط والتكامل   Gabung jalin
المعلومات السابقة   Maklumat terdahulu
الربط بالمواد الاخرى  Hubungkait dengan subjek lain

MANUAL PENGISIAN DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI JOHOR

 1stop data center jpnj
Klik gambar di atas untuk ke laman 1stop data center jpnj

1.    Semua sekolah rendah dan menengah diminta melengkapkan data berkenaan untuk membantu Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mendapatkan data sebenar bilangan Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Bahasa Arab (GBA) untuk membandingkan data Guru Penolong Agama (GPA) diperingkat Kementerian Pendidikan Malaysia didalam E-Operasi.

2.    Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Penolong Kanan Pentadbiran (GPK 1) perlu memastikan Norma Guru yang diisi adalah berdasarkan kepada Opsyen/Pengkhususan Pertama guru tersebut. Walaubagaimanapun terdapat guru yang mempunyai 2 Opsyen Utama/ ‘Double – Option”.

3.    Sila lengkapkan pengisian data berkenaan dalam Portal One Stop data Centre JPNJ.

4.    Paparan berikut adalah proses pengisian data tersebut.

Klik di sini untuk ke manual pengisian data GPI dan GBA

Sunday 20 September 2015

Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 6

Selesai sudah Kursus KSSR B.Arab Tahun 6

Tinggal pelaksanaannya sahaja di sekolah masing2. Mudah-mudahan kita terus komited menggalas tugas ini..Aamiin

Majlis Penutup sambutan bulan kemerdekaan

Alhamdulillah…majlis penutup bulan kemerdekaan SKSR telah berjaya dilaksanakan…Tahniah buat buat semua guru dan murid murid…

Tarikh 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai satu tarikh yang penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sesiapa sahaja yang merupakan rakyat Malaysia akan berasa bangga apabila tiba sahaja hari terakhir di dalam bulan Ogos ini.

Jika dahulu sambutan mungkin dijalankan hanya pada tarikh 31 Ogos ini, tetapi kini sambutannya adalah selama sebulan. Sambutan kemerdekaan selama sebulan ini, yang dikenali sebagai Bulan Kemerdekaan, diadakan bagi tujuan mengingatkan kembali pengorbanan generasi terdahulu yang telah berjuang untuk memastikan anak cucu mereka (iaitu kita semua yang ada hari ini) dapat hidup dalam suasana bebas, aman, makmur dan merdeka. Itulah harapan generasi pejuang kemerdekaan agar keturunan mereka tidak akan dijajah dan dibelenggu oleh kuasa luar.

Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini adalah bagi semua rakyat Malaysia untuk menterjemahkan sambutan ini ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat Malaysia tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.


Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!, tetapi juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud dan kepentingan kemerdekaan yang dikecapi ini. Kesedaran tentang kemerdekaan bukan sahaja bermakna kita tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan, tetapi juga bermakna kita sedar bahawa kemerdekaan ini wajib dipertahankan kerana negara kita boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan sahaja bererti kita gembira dengan kemerdekaan yang dikecapi, tetapi juga bererti kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.


Friday 11 September 2015

BBM KCJ

Alhamdulillah siap bbm saya untuk KCJ (Kem Cemerlang Jawi) esok. Semoga Murid-murid kcj saya berasa seronok dan tidak bosan sepanjang program kcj dijalankan.In Shaa Allah Ustazah akan buat yang terbaik untuk kamu semua...


Friday 4 September 2015

koleksi Font Jawi


Kini tiada lagi masalah untuk menaip perkataan-perkataan yang ada didalam tulisan jawi..anda boleh mendownload font jawi tersebut...semoga ianya dapat membantu anda dalam membuat soalan Pendidikan Islam dan Jawi.. :


Thursday 3 September 2015

Buku Program Majlis Persaraan Guru Besar

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Sekadarnya dari saya.....BUKU PROGRAM MAJLIS MGB ini..
Oleh kerana permintaan rakan rakan yang banyak...saya kongsingkan buku ini buat semua..rakan rakan bolehlah edit buku berkenaan mengikut keperluan rakan rakan.Rakan rakan boleh terus klik pada link tulisan yang berwarna kuning dibawah utk mendownload buku tersebut :)


Hari ni saya nak kongsikan kepada cikgu cikgu...buku Program Majlis Persaraan Guru Besar..kepada cikgu cikgu yang berminat boleh lah meninggalkan email di ruangan komen, ataupun cikgu cikgu boleh follow jer blog saya diruangan FOLLOWERS... InShaaAllah saya akan emailkan kepada cikgu..

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...