Wednesday 29 July 2015

BBM BAHASA ARAB TAHUN 4


klik di tajuk berikut untuk memuat turun...
ُالهِوَايَة

Berikut ialah BBM tajuk ke 5   ُالهِوَايَة..... seadanya dari saya...semoga berguna kepada cikgu cikgu gba untuk dijadikan bbm...bbm ini cikgu cikgu boleh edit mengikut kehendak cikgu..

Sunday 26 July 2015

KEM CEMERLANG JAWI


Klik Gambar di atas untuk mendownload bahan-bahan Kem Cemerlang Jawi (KCJ)

Terdapat 69 fail...untuk rujukan GPI... GPI boleh memilih dan mendownload fail disini mengikut kesesuaian dan kebijaksanaan GPI...dalam menguruskan KCJ di peringkat sekolah....


Saturday 25 July 2015

'Eidul Mubarak 1436Hijrah

Assalamualaikum wbt.

Dikesempatan ini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada adik beradik, saudara mara, sahabat2,kenalan dan taulan untuk sebarang salah dan silap samada dari segi perkataan,perbuatan atau sebarang kekhilafan sepanjang perkenalan kita.

Semoga Allah curahkan rahmat dan hidayah kepada tuan/puan semua dan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Semoga Aidilfitri kali ini disambut dgn gembira bersama keluarga yg tercinta. Berhati2 memandu bagi yg ingin pulang ke kampung halaman.

Eid Mubarak 1436h..! Taqobbalallahu minna waminkum

Dari kami Sekeluarga..



Wednesday 15 July 2015

PEMBENTUKAN INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

AMALKAN SIKAP KEPIMPINAN DEMOKRATIK
Guru mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.  Suasana ini menggalakkan murid-murid mudah untuk berdamping dengan guru, tidak segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.


MENGELOLAKAN BANYAK AKTIVITI KUMPULAN
Menggalakkan murid-murid  berinteraksi antara satu sama lain. Contoh aktiviti secara berkumpulan ialah aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.




MENGGUNAKAN TEKNIK MENYOAL
Teknik ini digunakan untuk mendapatkan tindak balas daripada murid dan mencungkil pendapat murid.

MENGGUNAKAN PERCAKAPAN YANG SESUAI
Selain menggunakan teknik menyoal untuk mendapatkan tindak balas murid-murid, cara percakapan yang digunakan oleh guru juga mempengaruhi murid-murid untuk bertindak balas semasa interaksi antara guru dan murid. Contohnya guru memberi pujian dan meneriman pendapat murid-murid dengan hati yang terbuka,

MENGGUNAKAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID
Guru memaksimumkan kaedah yang melibatkan strategi berpusatkan murid. contohnya kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah. Apabila murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak langsung.



MENGGUNAKAN BANYAK ALAT BANTU MENGAJAR
Alat bantu mengajar atau yang dikenali sekarang sebagai alat bantu belajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid untuk belajar. Apabila murid-murid tertarik dengan alat yang disediakan, murid-murid bertambah semangat untuk mempelajari pelajaran yang diajar dan beruasaha melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

MEWUJUDKAN SUASANA INTERAKSI YANG KONDUSIF DALAM BILIK DARJAH
Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah boleh diwujudkan dengan menyusunkan keadaan fizikalnya. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan mereka.

MEMBANTU MURID YANG BERMASALAH 

Apabila terdapat murid yang bermasalah seperti pendiam, pemalu atau penakut, guru perlu membantu murid tersebut dengan mengadakan sesi kaunseling dan menggalakkan murid tersebut untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu mendorong murid-murid yang lain untuk menerima murid-murid yang bermasalah dan menyingkirkan mereka. Cara ini dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi antara satu sama lain secara tidak langsung.


Sunday 5 July 2015

Sesi PdP...B.Arab Bersama 4 Inovatif

    
   
     Tajuk Hobi.....ermm hari ni sesi ulangkaji sebelum masuk tajuk baru....murid-murid memang seronok...mana taknyer...dapat masuk bilik tayang...belajar pun menggunakan ICT....memang murid-murid suka...gambar pula mesti menarik...

Friday 3 July 2015

ADAKAH PUASA ANDA MEMBERI KESAN KEPADA DIRI

              
               Ramadhan datang membawa seribu makna...Inilah sebaik baik bulan yang didalamnya terkandung rahmat Allah yang tidak terbilang....sedar tidak sedar kita sudah berada di pertenghan bulan Ramadhan...Tetapi adakah ibadah kita sepanjang bulan mulia ini membawa kesan yang baik pada diri kita???? Adakah kita dapat merasakan perubahan positif pada sikap dan akhlak??Dan adakah kita dapat rasakan erti sebenar daripada ibadah puasa yang kita tunaikan setiap kali menyambut ramadhan.....???

Thursday 2 July 2015

Dhia ur Ramadhan



Salam mawadah wa rahmah ........
             Bertemu kembali di lembaran dan edisi Ramadhan untuk kita sama-sama menghayatinya. Pastinya peluang yang ada untuk beramal tidak akan di tinggalkan begitu sahaja. Begitulah Ramadhan yang kita lalui setiap tahun..Dan seharusnya kita bersyukur kerana dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini.Rahmat dan kasih sayangNya,kita masih lagi dikurniakan dengan nikmat iman dan Islam. Moga kita tidak menjadi hambaNya yang kufur tetapi terus bersyukur dan berbakti kepadanya jua..
                Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai satu kebiasaan.Sehingga pada suatu ketika individu itu sukar untuk meninggalkan kesalahan tersebut.Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Maka marilah kita bersama-sama mengkoreksi diri bagaimana tahap kualiti diri masing-masing.Beberapa perkara boleh diaplikasikan untuk mengatasi fenomena ini: seharusnya kita perlu merasa keagungan Allah swt,mendalami ilmu syari’, mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh,tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk),banyak mengingati mati dan memuhasabah diri tatkala datang kelemahan.Menurut Ibnu Qayyim pula, bagi mengatasi kemalasan dari kekerasan hati ialah, pertama alihkan hatimu dari kekerasan dunia lalu tempatkan ia diakhirat,kedua hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian Al-Quran.

Wednesday 1 July 2015

Jom bina kolam frog anda......

 hop in
Klik digambar untuk mula...

Paparan ini akan keluar...lihat anak panah merah dan klik di "hop in"

Ta da !!!!.......ermm setelah anda klik di hop in diatas...paparan ini akan keluar....apa tunggu lagi taipkan Yes Id dan password anda disini...


jika sebelum ini anda pernah membuat kolam biasanya selepas masukkan yes id dan password anda akan terus jumpa tapak kolam anda...tetapi kini anda akan jumpa paparan ini sebelum anda ke tapak kolam katak anda ....lihat di anak panah merah klik di Frog vle dan kemudian akan keluar SK SIMPANG RENGAM...sila klik ke perkataan SK Simpang Rengam untuk ke kolam katak anda...


maka akan keluarlah kolam katak anda...

Untuk pengetahuan cikgu cikgu ini baru langkah pertama....ada banyak lagi langkah utk kita edit dan sebagainya....tunggu saya updatekan lg untuk langkah seterusnya...
dari...cikgu siti

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...