AMALKAN SIKAP
KEPIMPINAN DEMOKRATIK
Guru mewujudkan interaksi dua hala
dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru
dengan murid-muridnya. Suasana ini
menggalakkan murid-murid mudah untuk berdamping dengan guru, tidak segan untuk
bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.
MENGELOLAKAN
BANYAK AKTIVITI KUMPULAN
Menggalakkan murid-murid berinteraksi antara satu sama lain. Contoh
aktiviti secara berkumpulan ialah aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan,
lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.
MENGGUNAKAN
TEKNIK MENYOAL
Teknik ini digunakan untuk
mendapatkan tindak balas daripada murid dan mencungkil pendapat murid.
MENGGUNAKAN
PERCAKAPAN YANG SESUAI
Selain menggunakan teknik menyoal
untuk mendapatkan tindak balas murid-murid, cara percakapan yang digunakan oleh
guru juga mempengaruhi murid-murid untuk bertindak balas semasa interaksi
antara guru dan murid. Contohnya guru memberi pujian dan meneriman pendapat
murid-murid dengan hati yang terbuka,
MENGGUNAKAN
STRATEGI BERPUSATKAN MURID
Guru memaksimumkan kaedah yang
melibatkan strategi berpusatkan murid. contohnya kaedah perbincangan dan kaedah
penyelesaian masalah. Apabila murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran, interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak langsung.
MENGGUNAKAN
BANYAK ALAT BANTU MENGAJAR
Alat bantu mengajar atau yang
dikenali sekarang sebagai alat bantu belajar biasanya digunakan untuk menarik
perhatian murid-murid untuk belajar. Apabila murid-murid tertarik dengan alat
yang disediakan, murid-murid bertambah semangat untuk mempelajari pelajaran
yang diajar dan beruasaha melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran.
MEWUJUDKAN
SUASANA INTERAKSI YANG KONDUSIF DALAM BILIK DARJAH
Suasana interaksi yang kondusif dalam
bilik darjah boleh diwujudkan dengan menyusunkan keadaan fizikalnya. Ini dapat
dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan
mereka.
MEMBANTU
MURID YANG BERMASALAH
Apabila terdapat murid yang
bermasalah seperti pendiam, pemalu atau penakut, guru perlu membantu murid
tersebut dengan mengadakan sesi kaunseling dan menggalakkan murid tersebut
untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, guru juga
perlu mendorong murid-murid yang lain untuk menerima murid-murid yang
bermasalah dan menyingkirkan mereka. Cara ini dapat melibatkan lebih ramai
murid berinteraksi antara satu sama lain secara tidak langsung.
No comments:
Post a Comment