Friday 3 July 2015

ADAKAH PUASA ANDA MEMBERI KESAN KEPADA DIRI

              
               Ramadhan datang membawa seribu makna...Inilah sebaik baik bulan yang didalamnya terkandung rahmat Allah yang tidak terbilang....sedar tidak sedar kita sudah berada di pertenghan bulan Ramadhan...Tetapi adakah ibadah kita sepanjang bulan mulia ini membawa kesan yang baik pada diri kita???? Adakah kita dapat merasakan perubahan positif pada sikap dan akhlak??Dan adakah kita dapat rasakan erti sebenar daripada ibadah puasa yang kita tunaikan setiap kali menyambut ramadhan.....???
READ MORE


               Mungkin sukar untuk anda dan saya sendiri untuk menjawabnya...tetapi beberapa soalan berikut boleh membantu anda menilai kualiti ibadah puasa kita yang lepas lepas dan membaikinya pada Ramadhan kali ini...masih belum terlambat...


ADAKAH ANDA :

# Dapat selalu bersegera mengadap Allah apabila sahaja masuk waktu solat?

# Lebih Khusuk dan menjaga tertib dalam solat?

# Sentiasa ingat Allah terutama apabila mendapat nikmat?

# Selalu rasa berdosa dan bersegera bertaubat?

# Semakin cermat dalam sikap dan tingkah laku terhadap sesama manusia?

# Semakin merendah diri?

# Semakin penyabar dan tabah apabila berhadapan dengan kerenah sesiapa sahaja?

# Selalu bersangka baik dengan Allah dan Manusia?

# Sentiasa bersedia membantu mereka yang tidak mampu dan berhajat?

# Mudah memaafkan kesilapan orang?

# Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada?

# Makin belas kasihan dan menghargai orang susah dan orang miskin?

Jika anda jawab YA bagi soalan-soalan diatas Alhamdulillah latihan puasa anda memang berkesan...

No comments:

Post a Comment

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...