Monday 30 November 2015

Tahniah kepada Pelajar Cemerlang UPSR 2015

Tahniah kepada pelajar pelajar cemerlang 2015 SKSR...Alhamdulillah seramai 30 orang murid berjaya memperolehi 5A..Tahniah dan syabas buat semua begitu juga buat guru guru yang terlibat...Begitu juga buat semua calon UPSR 2015...Teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang kerana perjalanan anda masih jauh lagi...Ustazah doakan kamu semua berjaya dunia dan akhirat....


Saturday 14 November 2015

Hari Anugerah Cemerlang SKSR 2015

Alhamdulilah....Persekolahan untuk tahun 2015 sudahpun sampai kepenghujungnya...Dengan izinmu ya Allah semua murid murid SKSR dapat menjalani hari-hari persekolahan dengan jayanya..TAHNIAH Ustazah ucapkan kepada semua murid yang berjaya dengan cemerlang pada tahun ini...usaha dengan lebih gigih lagi untuk kejayaan demi kejayaan...Selamat Maju jaya dari Ustazah untuk semua....TAHNIAH DAN SYABAS dari Ustazah.. 

Wednesday 30 September 2015

ISTILAH KSSR (Bahasa Arab ke Bahasa Melayu)


ISTILAH KSSR

الوثيقة المعيار الجودة          Dokumen Standard Prestasi

معيار المحتوى                   Standard Kandungan
معيار التعليم                       Standard Pembelajaran
المستوى / المستويات          Aras / Tahap / Band
منهج الدراسي                     Sukatan pelajaran
دليل منهج الدراسي             Huraian sukatan pelajaran
الربط والتكامل                   Gabung jalin
المعلومات السابقة               Maklumat terdahulu
الربط بالمواد الاخرى         Hubungkait dengan subjek lain
تسمية                                Menamakan


الإصطلاحات اللازمة المستخدمة في كتابة خطة التدريس

ISTILAH2 YG SELALU DI GUNA UTK MENULIS RPH

الاصطلاح او العبارات معانيها

القدرة على ..... / يستطيع.../ يمكن....   Mampu untuk ……..
نطق الكلمات او العبارات او الجمل   Menuturkan kalimah,ungkapan,ayat
ذكر الكلمات او العبارات او الجمل   Menyebut kalimah,ungkapan,ayat
استخدام الكلمات او العبارات او الجمل   Menggunakan kalimah,ungkapan,ayat
التمهيد   Set induksi
الكلمات او العبارات او الجمل البسيطة   Kalimah,ungkapan,ayat yang mudah
الكلمات او العبارات او الجمل المتصلة   Kalimah,ungkapan,ayat yang bersambung
الكلمات او العبارات او الجمل المتفرقة / المنفصلة   Kalimah,ungkapan,ayat yang berpisah
المحتويات   Isi kandungan
الأنشطة   Aktiviti
التركيز على .....   Fokus kepada ......
الوسائل الـمَعِينة   Bahan bantu mengajar
الوثيقة المعيار الدراسية   Dokumen Standard Kurikulum
الوثيقة المعيار الجودة   Dokumen Standard Prestasi
معيار المحتوى   Standard Kandungan
معيار التعليم   Standard Pembelajaran
المستوى / المستويات   Aras / Tahap / Band
منهج الدراسي   Sukatan pelajaran
دليل منهج الدراسي   Huraian sukatan pelajaran
الربط والتكامل   Gabung jalin
المعلومات السابقة   Maklumat terdahulu
الربط بالمواد الاخرى  Hubungkait dengan subjek lain

MANUAL PENGISIAN DATA GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH NEGERI JOHOR

 1stop data center jpnj
Klik gambar di atas untuk ke laman 1stop data center jpnj

1.    Semua sekolah rendah dan menengah diminta melengkapkan data berkenaan untuk membantu Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Johor mendapatkan data sebenar bilangan Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Bahasa Arab (GBA) untuk membandingkan data Guru Penolong Agama (GPA) diperingkat Kementerian Pendidikan Malaysia didalam E-Operasi.

2.    Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Penolong Kanan Pentadbiran (GPK 1) perlu memastikan Norma Guru yang diisi adalah berdasarkan kepada Opsyen/Pengkhususan Pertama guru tersebut. Walaubagaimanapun terdapat guru yang mempunyai 2 Opsyen Utama/ ‘Double – Option”.

3.    Sila lengkapkan pengisian data berkenaan dalam Portal One Stop data Centre JPNJ.

4.    Paparan berikut adalah proses pengisian data tersebut.

Klik di sini untuk ke manual pengisian data GPI dan GBA

Sunday 20 September 2015

Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 6

Selesai sudah Kursus KSSR B.Arab Tahun 6

Tinggal pelaksanaannya sahaja di sekolah masing2. Mudah-mudahan kita terus komited menggalas tugas ini..Aamiin

Majlis Penutup sambutan bulan kemerdekaan

Alhamdulillah…majlis penutup bulan kemerdekaan SKSR telah berjaya dilaksanakan…Tahniah buat buat semua guru dan murid murid…

Tarikh 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai satu tarikh yang penuh bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sesiapa sahaja yang merupakan rakyat Malaysia akan berasa bangga apabila tiba sahaja hari terakhir di dalam bulan Ogos ini.

Jika dahulu sambutan mungkin dijalankan hanya pada tarikh 31 Ogos ini, tetapi kini sambutannya adalah selama sebulan. Sambutan kemerdekaan selama sebulan ini, yang dikenali sebagai Bulan Kemerdekaan, diadakan bagi tujuan mengingatkan kembali pengorbanan generasi terdahulu yang telah berjuang untuk memastikan anak cucu mereka (iaitu kita semua yang ada hari ini) dapat hidup dalam suasana bebas, aman, makmur dan merdeka. Itulah harapan generasi pejuang kemerdekaan agar keturunan mereka tidak akan dijajah dan dibelenggu oleh kuasa luar.

Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini adalah bagi semua rakyat Malaysia untuk menterjemahkan sambutan ini ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyat Malaysia tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.


Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!, tetapi juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud dan kepentingan kemerdekaan yang dikecapi ini. Kesedaran tentang kemerdekaan bukan sahaja bermakna kita tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan, tetapi juga bermakna kita sedar bahawa kemerdekaan ini wajib dipertahankan kerana negara kita boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan sahaja bererti kita gembira dengan kemerdekaan yang dikecapi, tetapi juga bererti kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.


Friday 11 September 2015

BBM KCJ

Alhamdulillah siap bbm saya untuk KCJ (Kem Cemerlang Jawi) esok. Semoga Murid-murid kcj saya berasa seronok dan tidak bosan sepanjang program kcj dijalankan.In Shaa Allah Ustazah akan buat yang terbaik untuk kamu semua...


Friday 4 September 2015

koleksi Font Jawi


Kini tiada lagi masalah untuk menaip perkataan-perkataan yang ada didalam tulisan jawi..anda boleh mendownload font jawi tersebut...semoga ianya dapat membantu anda dalam membuat soalan Pendidikan Islam dan Jawi.. :


Thursday 3 September 2015

Buku Program Majlis Persaraan Guru Besar

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Sekadarnya dari saya.....BUKU PROGRAM MAJLIS MGB ini..
Oleh kerana permintaan rakan rakan yang banyak...saya kongsingkan buku ini buat semua..rakan rakan bolehlah edit buku berkenaan mengikut keperluan rakan rakan.Rakan rakan boleh terus klik pada link tulisan yang berwarna kuning dibawah utk mendownload buku tersebut :)


Hari ni saya nak kongsikan kepada cikgu cikgu...buku Program Majlis Persaraan Guru Besar..kepada cikgu cikgu yang berminat boleh lah meninggalkan email di ruangan komen, ataupun cikgu cikgu boleh follow jer blog saya diruangan FOLLOWERS... InShaaAllah saya akan emailkan kepada cikgu..

Sunday 30 August 2015

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-58 SK Simpang Rengam


Majlis Perlancaran Sambutan Kemerdekaan ke-58 SK Simpang Rengam telah diadakan dengan jayanya pada 23 Ogos 2015 (Ahad) 7.15pagi.Bertempat di Dataran Kejat SK Simpang Rengam.Program ini telah dianjurkan oleh Panitia Sejarah dan Panitia Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan.

TARIKH PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN SKSR

23.08.2015               Majlis Pelancaran
24-30.08.2015          Tayangan Patriotik
17.09.2015               Larian Kemerdekaan
17.09.2015               Pertandingan Kelas Patriotik
17.09.2015               Pertandingan Basikal Berhias
17.09.2015               Pertandingan Mewarna
13-17.09.2015          Nyanyian Lagu Patriotik
13.09.2015               Pertandingan Deklamasi Sajak
27.09.2015               Majlis Penutupan




Friday 14 August 2015

Bahan Kem Cemerlang Jawi (KCJ)

Alhamdulillah ... berikut adalah bahan bahan KCJ untuk semua.
anda boleh mendownload kesemua bahan yg saya linkkan disini...semoga ianya dpt memudahkan urusan anda dalam melaksanakn KCJ...untuk kad prestasi individu boleh edit mengikut kesesuaian anda..
Klik pada Link dibawah untuk download :





Monday 10 August 2015

BBM PENDIDIKAN ISLAM


Dah lama saya buat bbm ni...dan dah lama saya tak menggunakannya...kerana saya sekarang mengajar Bahasa Arab..daripada dia terus tersimpan baiklah kiranya saya mengongsikan bbm ini untuk ustaz dan ustazah menggunakannya...bbm ini saya sediakan dalam bentuk power point...so ustaz dan ustazah boleh lah edit mengikut kesesuaian semasa..semoga ianya memberi manfaat untuk semua...kepada yang mengunjungi blog saya ini sudilah kiranya menjadi followers di blog ini...

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya ini....

Klik tajuk di bawah untuk Muat turun bbm pendidikan islam :



TAYAMUM

BBM ini mungkin akan tidak seperti asal....akan ada perubahan dari segi tulisan jika didownload..



Thursday 6 August 2015

Aplikasi Tarannum dan Marhaban

Klik digambar untuk mendownload Aplikasi ini...
Hari ini saya ingin kongsikan aplikasi....Tarannum dan Marhaban.Ianya boleh dijadikan panduan untuk ustaz ataupun ustazah...dalam melatih murid murid Tilawah..dan Marhaban..
Terima kasih juga buat insan yang sudi mengongsikan bahan ini kepada saya....disini saya memanjangkan ilmu yang ada di sini kepada semua pembaca di blog ini..semoga ianya bermanfaat buat semua..



Tuesday 4 August 2015

Aplikasi Tajwid

Klik gambar di atas utk mendownload Aplikasi ini..
Jom download aplikasi ini...sangat menarik utk dijadikan bbm...sangat mudah dan senang difahami..begitu juga para guru guru yang ingin belajar tajwid, aplikasi ini akan dapat menambahkan pengetahuan anda dalam ilmu tajwid 
in shaa Allah..Selamat Belajar :)

Perkongsian Ilmu dari Pensyarah di maktab semasa saya KPLI..in shaa Allah berguna untuk kita semua..


Sunday 2 August 2015

AKTIVITI BERKUMPULAN (MEMBUAT BUKU SKRAP B.ARAB)

Hari ini bersama 4 Setia....membuat buku skrap b.arab... murid murid dikehendaki membina ayat mudah sekurang kurangnya 3ayat berdasarkan gambar...

Saturday 1 August 2015

HRMIS 2.0 (SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA)


Ramai yang tertanya tanya macamana nak log masuk HRMIS...disini saya menyediakan link terus ke log Masuk HRMIS tanpa perlu mencari di internet explorer atau sebagainya...

Selamat mengemaskini data yer Cikgu Cikgu...Semoga ianye dapat membantu memudahkan urusan cikgu cikgu...


Wednesday 29 July 2015

BBM BAHASA ARAB TAHUN 4


klik di tajuk berikut untuk memuat turun...
ُالهِوَايَة

Berikut ialah BBM tajuk ke 5   ُالهِوَايَة..... seadanya dari saya...semoga berguna kepada cikgu cikgu gba untuk dijadikan bbm...bbm ini cikgu cikgu boleh edit mengikut kehendak cikgu..

Sunday 26 July 2015

KEM CEMERLANG JAWI


Klik Gambar di atas untuk mendownload bahan-bahan Kem Cemerlang Jawi (KCJ)

Terdapat 69 fail...untuk rujukan GPI... GPI boleh memilih dan mendownload fail disini mengikut kesesuaian dan kebijaksanaan GPI...dalam menguruskan KCJ di peringkat sekolah....


Saturday 25 July 2015

'Eidul Mubarak 1436Hijrah

Assalamualaikum wbt.

Dikesempatan ini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada adik beradik, saudara mara, sahabat2,kenalan dan taulan untuk sebarang salah dan silap samada dari segi perkataan,perbuatan atau sebarang kekhilafan sepanjang perkenalan kita.

Semoga Allah curahkan rahmat dan hidayah kepada tuan/puan semua dan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.

Semoga Aidilfitri kali ini disambut dgn gembira bersama keluarga yg tercinta. Berhati2 memandu bagi yg ingin pulang ke kampung halaman.

Eid Mubarak 1436h..! Taqobbalallahu minna waminkum

Dari kami Sekeluarga..



Wednesday 15 July 2015

PEMBENTUKAN INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

AMALKAN SIKAP KEPIMPINAN DEMOKRATIK
Guru mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.  Suasana ini menggalakkan murid-murid mudah untuk berdamping dengan guru, tidak segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.


MENGELOLAKAN BANYAK AKTIVITI KUMPULAN
Menggalakkan murid-murid  berinteraksi antara satu sama lain. Contoh aktiviti secara berkumpulan ialah aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.




MENGGUNAKAN TEKNIK MENYOAL
Teknik ini digunakan untuk mendapatkan tindak balas daripada murid dan mencungkil pendapat murid.

MENGGUNAKAN PERCAKAPAN YANG SESUAI
Selain menggunakan teknik menyoal untuk mendapatkan tindak balas murid-murid, cara percakapan yang digunakan oleh guru juga mempengaruhi murid-murid untuk bertindak balas semasa interaksi antara guru dan murid. Contohnya guru memberi pujian dan meneriman pendapat murid-murid dengan hati yang terbuka,

MENGGUNAKAN STRATEGI BERPUSATKAN MURID
Guru memaksimumkan kaedah yang melibatkan strategi berpusatkan murid. contohnya kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah. Apabila murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak langsung.



MENGGUNAKAN BANYAK ALAT BANTU MENGAJAR
Alat bantu mengajar atau yang dikenali sekarang sebagai alat bantu belajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid untuk belajar. Apabila murid-murid tertarik dengan alat yang disediakan, murid-murid bertambah semangat untuk mempelajari pelajaran yang diajar dan beruasaha melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

MEWUJUDKAN SUASANA INTERAKSI YANG KONDUSIF DALAM BILIK DARJAH
Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah boleh diwujudkan dengan menyusunkan keadaan fizikalnya. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan mereka.

MEMBANTU MURID YANG BERMASALAH 

Apabila terdapat murid yang bermasalah seperti pendiam, pemalu atau penakut, guru perlu membantu murid tersebut dengan mengadakan sesi kaunseling dan menggalakkan murid tersebut untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu mendorong murid-murid yang lain untuk menerima murid-murid yang bermasalah dan menyingkirkan mereka. Cara ini dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi antara satu sama lain secara tidak langsung.


Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...