Saturday 25 June 2016

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR


Perkongsian dari Ustaz Muhadir di IKIM pagi tadi...
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..

1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...
Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...
Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...
Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.

Friday 24 June 2016

Salam mawadah wa rahmah buat rakan rakan yang diingati sekelian.. Bertemu kembali di lembaran Ramadhan untuk kita sama-sama menghayatinya. Pastinya peluang yang ada untuk beramal tidak akan di tinggalkan begitu sahaja. Begitulah Ramadhan yang kita lalui setiap tahun..Dan seharusnya kita bersyukur kerana dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini.Rahmat dan kasih sayangNya,kita masih lagi dikurniakan dengan nikmat iman dan Islam. Moga kita tidak menjadi hambaNya yang kufur tetapi terus bersyukur dan berbakti kepadanya jua..

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai satu kebiasaan.Sehingga pada suatu ketika individu itu sukar untuk meninggalkan kesalahan tersebut.Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Maka marilah kita bersama-sama mengkoreksi diri bagaimana tahap kualiti diri masing-masing.Beberapa perkara boleh diaplikasikan untuk mengatasi fenomena ini: seharusnya kita perlu merasa keagungan Allah swt,mendalami ilmu syari’, mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh,tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk),banyak mengingati mati dan memuhasabah diri tatkala datang kelemahan.Menurut Ibnu Qayyim pula, bagi mengatasi kemalasan dari kekerasan hati ialah, pertama alihkan hatimu dari kekerasan dunia lalu tempatkan ia diakhirat,kedua hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian Al-Quran.

Justeru, marilah kita sentiasa menanamkan kesungguhan untuk terus mentarbiyah diri,Sesungguhnya,Bulan Ramadhan ini merupakan medan tarbiyah yang paling berharga untuk diikuti bermula dengan puasa itu sendiri, tadarrus Al-Quran, bersolat terawih, bersahur, memperbanyakkan sedekah, beriktikaf, berzikir, berqiamullail, malam lailatul qadar dan berbagai lagi..Semoga Ibadah yang dilalui mampu menggugurkan sifat sifat mazmumah yang melekat didalam diri kita dan digantikan pula dengan sifat-sifat mahmudah..Sesungguhnya, selain didalam bulan Ramadhan musuh utama kita , musuh utama kita yang tida dapat dilihat ialah Syaitan dan nafsu, maka di bulan ramadhan ini hanya nafsu sahaja yang ada, sewajarnyalah kita mesti lebih kuat dan mudah lagi untuk membuat pelbagai kebaikan dan pengislahan diri. Alakulihal, wa ilallahi tur ja ul umur (kepada Allah tempat kembali segala urusan), maka perbanyakkanlah memohon pertolongan dariNya....

Akhirnya...Selamat memeriahkan bulan Ramadhan. Sekiranya para sahabat boleh menang berperang dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan....maka marilah kita sama sama berperang melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan agar kita dapat hidup suburkan Ramadhan kali ini dengan iman dan taqwa kepada Rabb kita dalam membentuk peribadi yang mulia...InsyaAllah...
Jazakumullahukhairan kathira….
Wassalm.
Risalah Ramadan utk dikongsikan:

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...