Friday 23 December 2016

Menarik Dari Saya Untuk Guru Kelas..

~Sharing Is Caring~
Dari saya Ustazah Siti

Projek Kelas Ustazah Siti...








Bila dah nak naik sekolah....cikgu2 dah mula sibuk menceriakan kelas....jadi hari ni saya nak kongsikan hasil kerja saya....untuk sudut2 didalam kelas...Selamt kembali Ke Sekolah Untuk Semua Warga Pendidik..

Sunday 7 August 2016

KOLEKSI SIJIL......








 Berikut koleksi sijil yang saya buat utk program pertandingan Futsal, Hari guru dan Anugerah Nilam....boleh dijadikan contoh utk cikgu-cikgu diluar sana :)

klik link dibawah utk dapatkan softcopy sijil tersebut :


Monday 1 August 2016

WAJAH BARU BILIK OPERASI PENTAKSIRAN SKSR 2016



        Alhamdulillah tahun ini bilik operasi pentaksiran telah berpindah tempat di tingkat satu....syukur tidak lagi di tingkat tiga...akhirnya berjaya memujuk gb untuk turun ketingkat satu....Terima kasih buat GB Pn Nortijah binti Ibrahim....Kini bilik Operasi Pentaksiran beroperasi sepenuh sepanjang peperiksaan....tidak lagi menumpang dibilik bilik lain kerana alasan bilik tinggi guru x larat nak turun naik ambil soalan....
      Buat semua guru-guru SK Simpang Rengam smg anda semua berpuas hati berurusan dengan kami sepanjang proses peperiksaan... segala kekurangan kami dahului dgn jutaan kemaafan....inshaaAllah kami akan perbaiki kelemahan itu....terima kasih diatas kerjasama guru guru SK Simpang Rengam....anda semua memang terbaik....terutama guru kelas..kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam mengemaskini fail individu murid kelas masing masing...anda memang hebat....

Kaunter urusan pengambilan Soalan peperiksaan

Buku pelawat, buku rekod penggunaan bop dan alatan kecemasan

Info

Carta organisasi BOP

Info PBS

Aktiviti BOP

Analisis Peperiksaan UPSR dan Dalaman

Ruang Kerja

Ruang Kerja

Meja Kerja SUP UPSR dan SUP Dalaman

 Pengurusan Fail Peperiksaan UPSR

Pengurusan Fail Peperiksaan Dalaman dan PBS

Buku-buku Panduan

Fail Grow dan Analisis Peperiksaan 

Fail individu murid (utk slip peperiksaan/PBS/PAJSK)

Fail individu murid (utk slip peperiksaan/PBS/PAJSK)

Almari Alatan dan penyimpanan soalan

 Pelan BOP dan Peraturan

Pelan Kedudukan dan Pelan Kebakaran BOP

Syukran .....cenderahati dari SK LKTP Layang-Layang
(Lawatan penanda Aras bilik BOP)

Tuesday 26 July 2016

SELAMAT BERSARA TCHER MAHANI

Alhamdulillah ....dapat juga saya menyiapkan montaj utk tcher mahani dalam keadaan kurang sihat...x boleh makan..minum..mahupun menelan air liur....hanya Allah yang tahu betapa sakitnya ketika itu...Alhamdulillah kekuatan yang Allah bg...kerja yg diberi ...permintaan dari insan yang dikasihi tcher mahani...saya kuatkan semangat utk menyudahkan montaj beliau....dan Alhamdulillah disaat akhir persiapan persaraan Allah memberi kesihatan yang baik kepada saya utk menyudahkan montaj tersebut....SELAMAT BERSARA TCHER MAHANI...


Saturday 25 June 2016

PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR


Perkongsian dari Ustaz Muhadir di IKIM pagi tadi...
Bermula malam ni amalkan paling kurang bacaan..

1. Al Fatihah 3x
2. Al Zalzalah 2x
3. Al Kafirun 4x
4. Al Ikhlas 3x
5. Yaasin 1x

Sebaik2nya satu set baca di waktu pagi dan satu set dibaca pada waktu malam...
Kalau mahu baca lebih dari satu set juga digalakkan...
Ini adalah bacaan paling minima buat 10 malam terakhir Ramadhan...
Mudah2an kita tergolong dalam golongan yang mendapat lailatul qadar.
Aamiin.

Friday 24 June 2016

Salam mawadah wa rahmah buat rakan rakan yang diingati sekelian.. Bertemu kembali di lembaran Ramadhan untuk kita sama-sama menghayatinya. Pastinya peluang yang ada untuk beramal tidak akan di tinggalkan begitu sahaja. Begitulah Ramadhan yang kita lalui setiap tahun..Dan seharusnya kita bersyukur kerana dapat bertemu dengan Ramadhan kali ini.Rahmat dan kasih sayangNya,kita masih lagi dikurniakan dengan nikmat iman dan Islam. Moga kita tidak menjadi hambaNya yang kufur tetapi terus bersyukur dan berbakti kepadanya jua..

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai satu kebiasaan.Sehingga pada suatu ketika individu itu sukar untuk meninggalkan kesalahan tersebut.Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Maka marilah kita bersama-sama mengkoreksi diri bagaimana tahap kualiti diri masing-masing.Beberapa perkara boleh diaplikasikan untuk mengatasi fenomena ini: seharusnya kita perlu merasa keagungan Allah swt,mendalami ilmu syari’, mencari persekitaran dan lingkungan yang soleh,tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah (kesudahan yang buruk),banyak mengingati mati dan memuhasabah diri tatkala datang kelemahan.Menurut Ibnu Qayyim pula, bagi mengatasi kemalasan dari kekerasan hati ialah, pertama alihkan hatimu dari kekerasan dunia lalu tempatkan ia diakhirat,kedua hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian Al-Quran.

Justeru, marilah kita sentiasa menanamkan kesungguhan untuk terus mentarbiyah diri,Sesungguhnya,Bulan Ramadhan ini merupakan medan tarbiyah yang paling berharga untuk diikuti bermula dengan puasa itu sendiri, tadarrus Al-Quran, bersolat terawih, bersahur, memperbanyakkan sedekah, beriktikaf, berzikir, berqiamullail, malam lailatul qadar dan berbagai lagi..Semoga Ibadah yang dilalui mampu menggugurkan sifat sifat mazmumah yang melekat didalam diri kita dan digantikan pula dengan sifat-sifat mahmudah..Sesungguhnya, selain didalam bulan Ramadhan musuh utama kita , musuh utama kita yang tida dapat dilihat ialah Syaitan dan nafsu, maka di bulan ramadhan ini hanya nafsu sahaja yang ada, sewajarnyalah kita mesti lebih kuat dan mudah lagi untuk membuat pelbagai kebaikan dan pengislahan diri. Alakulihal, wa ilallahi tur ja ul umur (kepada Allah tempat kembali segala urusan), maka perbanyakkanlah memohon pertolongan dariNya....

Akhirnya...Selamat memeriahkan bulan Ramadhan. Sekiranya para sahabat boleh menang berperang dalam keadaan berpuasa di bulan Ramadhan....maka marilah kita sama sama berperang melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan agar kita dapat hidup suburkan Ramadhan kali ini dengan iman dan taqwa kepada Rabb kita dalam membentuk peribadi yang mulia...InsyaAllah...
Jazakumullahukhairan kathira….
Wassalm.
Risalah Ramadan utk dikongsikan:

Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...