Salam mawadah wa
rahmah ........
Bertemu kembali di lembaran dan
edisi Ramadhan untuk kita sama-sama menghayatinya. Pastinya peluang yang ada
untuk beramal tidak akan di tinggalkan begitu sahaja. Begitulah Ramadhan yang
kita lalui setiap tahun..Dan seharusnya kita bersyukur kerana dapat bertemu
dengan Ramadhan kali ini.Rahmat dan kasih sayangNya,kita masih lagi dikurniakan
dengan nikmat iman dan Islam. Moga kita tidak menjadi hambaNya yang kufur
tetapi terus bersyukur dan berbakti kepadanya jua..
Terlalu kerap melakukan
kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai satu
kebiasaan.Sehingga pada suatu ketika individu itu sukar untuk meninggalkan
kesalahan tersebut.Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang
rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Maka marilah kita
bersama-sama mengkoreksi diri bagaimana tahap kualiti diri
masing-masing.Beberapa perkara boleh diaplikasikan untuk mengatasi fenomena
ini: seharusnya kita perlu merasa keagungan Allah swt,mendalami ilmu syari’, mencari
persekitaran dan lingkungan yang soleh,tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah
(kesudahan yang buruk),banyak mengingati mati dan memuhasabah diri tatkala
datang kelemahan.Menurut Ibnu Qayyim pula, bagi mengatasi kemalasan dari
kekerasan hati ialah, pertama alihkan hatimu dari kekerasan dunia lalu
tempatkan ia diakhirat,kedua hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian
Al-Quran.
READ MORE
Justeru, marilah kita sentiasa
menanamkan kesungguhan untuk terus mentarbiyah diri,Sesungguhnya,Bulan Ramadhan
ini merupakan medan tarbiyah yang paling berharga untuk diikuti bermula dengan
puasa itu sendiri, tadarrus Al-Quran, bersolat terawih, bersahur, memperbanyakkan sedekah,
beriktikaf, berzikir, berqiamullail, malam lailatul qadar dan berbagai lagi..Semoga
Ibadah yang dilalui mampu menggugurkan sifat sifat mazmumah yang melekat
didalam diri kita dan digantikan pula dengan sifat-sifat
mahmudah..Sesungguhnya, selain didalam bulan Ramadhan musuh utama kita , musuh
utama kita yang tida dapat dilihat ialah Syaitan dan nafsu, maka di bulan
ramadhan ini hanya nafsu sahaja yang ada, sewajarnyalah kita mesti lebih
kuat dan mudah lagi untuk membuat
pelbagai kebaikan dan pengislahan diri. Alakulihal, wa ilallahi tur ja ul umur
(kepada Allah tempat kembali segala urusan), maka perbanyakkanlah memohon
pertolongan dariNya....
Akhirnya...Selamat
memeriahkan bulan Ramadhan. Sekiranya para sahabat boleh menang berperang dalam
keadaan berpuasa di bulan Ramadhan....maka marilah kita sama sama berperang
melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan agar kita dapat hidup suburkan Ramadhan
kali ini dengan iman dan taqwa kepada Rabb kita dalam membentuk peribadi yang
mulia...InsyaAllah...
Jazakumullahukhairan
kathira….
No comments:
Post a Comment