Pages
- Home
- Norma Baru GPI
- Pendidikan Islam
- B.Arab
- Multimedia
- Bilik Tayang
- PBPPP & PPPB
- SPSK
- KSSR Online
- Klinik Jawi
- BAHAN SUP UPSR
- KOLEKSI SOALAN PAI
- KOLEKSI DOODLE
- KOLEKSI FRAME
- Frog Vle
- BILIK BOP
- KOLEKSI BUKU PROGRAM DAN PAMPLET
- LALUAN PPDa
- TUTORIAL PLICKERS
- ZIPGRADE
- SKPMg2
- KOLEKSI KAD GANJARAN
- i-THINK
- KOLEKSI VIDEO PDPC
Sunday, 11 February 2018
Wednesday, 31 January 2018
BENGKEL PERLAKSANAAN SKPMg2 SKSR 2018
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah....
28 Januari 2018
Sabtu
Bilik Mesyuarat Aula Perdana
Dengan izin dariNya Bengkel SKPMg2 dapat dijalankan seperti yang dijadualkan....Alhamdulillah dapat saya menyampaikan amanah yg diberikan kpd saya untuk pengurusan perlaksanaan SKPMg2 bg tahun 2018 kepada rakan-rakan guru di SKSR.
Tuesday, 23 January 2018
PdPc SOLAT JENAZAH
Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah.....
Pdpc kali ni saya cuma guna laptop dan lcd...nak guna yg canggih2 senyum je dulu...kita kretif menggunakan apa yg kita ada...murid seronok di tambahkan pula dgn permainan jaringan gol......murid berlumba lumba nak jawab soalan......cikgu pun rasa semangat wowwww happy sgt....jom kita tengok pasukan mana yg menang slps ni ye...x sangka sambutan hangat dan murid bersungguh utk jawab soalan.....😍😍😍
Tahniah untuk kls 6 Mulia dan 6 Amanah...ustazah bangga dgn kamu....satu pesan ustazah ilmu yg kamu pelajari ini bukan utk hari ini....bukan utk pereksa shj....tapi ia adalah ilmu yg akan kamu gunakan spjg hayat.....
Doa ustazah sentiasa utk kamu...smg kamu mnjadi anak yg soleh dan solehah cemerlang dunia dan akhirat.....
Ustazah Siti
Tuesday, 24 October 2017
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
Assalamualaikum...
Bismillahhirrahmanirrahim....
Alhamdulillah.....
Hanya seoarang guru sahaja yang memahami tika dan saat ini.......waktu-waktu di penghujung tahun...Macam-macam perkara nak buat...tidak boleh tidak semua perkara itu perlu diselesaikan....sebelum bermulanya cuti sekolah....
Ditangan kanan menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun dan segala kelengkapannya.....ditangan kiri menyelesaikan pula tugas-tugas sampingan yang lain......itulah guru....
Alhamdulillah tika dan saat ni saya dapat menyiapkan soalan peperiksaan akhir tahun untuk tahun 6 disamping menyediakan segala bahan SKPMg2 untuk fasa ke3...pelan pelan cikgu....jangan fikir beban...kerana semua itu bukan beban....semua itu adalah bidang tugas kita yang memang kita dah buat.....senyum... pasitif....inshaaAllah kita akan dapat menyelesaikan semua tugas kita dengan baik....InshaaAllah.... :) :) :)
Bismillahhirrahmanirrahim....
Alhamdulillah.....
Hanya seoarang guru sahaja yang memahami tika dan saat ini.......waktu-waktu di penghujung tahun...Macam-macam perkara nak buat...tidak boleh tidak semua perkara itu perlu diselesaikan....sebelum bermulanya cuti sekolah....
Ditangan kanan menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun dan segala kelengkapannya.....ditangan kiri menyelesaikan pula tugas-tugas sampingan yang lain......itulah guru....
Alhamdulillah tika dan saat ni saya dapat menyiapkan soalan peperiksaan akhir tahun untuk tahun 6 disamping menyediakan segala bahan SKPMg2 untuk fasa ke3...pelan pelan cikgu....jangan fikir beban...kerana semua itu bukan beban....semua itu adalah bidang tugas kita yang memang kita dah buat.....senyum... pasitif....inshaaAllah kita akan dapat menyelesaikan semua tugas kita dengan baik....InshaaAllah.... :) :) :)
Sunday, 8 October 2017
SEKOLAH INSPIRASI SKPMg2
Bismillahhirrahmanirrahim...
4 Oktober 2017
Alhamdulillah selesai sudah taklimat bersama Nazir berkaitan Sekolah Inspirasi SKPMg2....subhanallah banyaknya maklumat yang sudah terlepas pandang.....Hari ini 4 Oktober 2017 barulah jelas segala tugas dalam SKPMg2...
Memang kena hadam betul tentang ni....sebab sekolah SK Simpang Rengam telah terpilih sebagai Sekolah Inspirasi SKPMg2......Allahuakbar...besar tanggungjawab ini....semoga semua guru SKSR dapat menggalas tugas ini dengan penuh komited.
4 Oktober 2017
Alhamdulillah selesai sudah taklimat bersama Nazir berkaitan Sekolah Inspirasi SKPMg2....subhanallah banyaknya maklumat yang sudah terlepas pandang.....Hari ini 4 Oktober 2017 barulah jelas segala tugas dalam SKPMg2...
Memang kena hadam betul tentang ni....sebab sekolah SK Simpang Rengam telah terpilih sebagai Sekolah Inspirasi SKPMg2......Allahuakbar...besar tanggungjawab ini....semoga semua guru SKSR dapat menggalas tugas ini dengan penuh komited.
Friday, 22 September 2017
PENGGUNAAN APP DLM PDPC PAK 21
Penggunaan app dlm pdpc
PAK 21 Frogplay, Plickers, Kahoot,Quizizz, socrative, Zipgrade selagi ada kita
gunakan...pelbagaikan soalan sebagai latih tubi....memang berbaloi..
Apa pnting semua app yg
kita guna ada kelebihan masing2......pada saya biar kita guna pelbagai..supaya
murid x bosan.....seronok dlm pdpc dgn pelbagai gaya...
Yang penting semua app
yg kita guna biarlah melalui vle frog...murid buka melalui vle.......bolehlah
tambah KPI murid...
InshaaAllah kita cuba buat yang terbaik...
Jika kita mahu...semuanya akan jadi yang terbaik....😍😍😍
Semuanya app tersebut saya dah buat tutorial...dan share diblog saya,di group fb dan group telegram ..smg bermanfaat...😍
-Ustazah Siti-
InshaaAllah kita cuba buat yang terbaik...
Jika kita mahu...semuanya akan jadi yang terbaik....😍😍😍
Semuanya app tersebut saya dah buat tutorial...dan share diblog saya,di group fb dan group telegram ..smg bermanfaat...😍
-Ustazah Siti-
Monday, 24 July 2017
PERCUBAAN UPSR
Semoga Anakanda Nur Syatirah Amalia dan calon UPSR SK Simpang Rengam berjaya dengan cemerlang Dunia dan Akhirat....Aamiin
Ya Allah, Ya
Tuhan Kami,
Kami mohon
keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya
Allah.
Ya Allah, Ya
Tuhan Kami,
Kau
ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa
saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua
kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya
Tuhan Kami,
Permudahkan
urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai
Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal
ibadah yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya
Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk
mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan
ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata
kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon
kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka
ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu
Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama
lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah
anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah
kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka
menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka
ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah
ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab
setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya
Tuhan Kami,
Lembutkanlah
hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati
dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya
daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan
keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi
hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah
anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan
cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak
kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang
baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah
dalam diri mereka.
Ya Allah,
jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami
doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan
ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya,
anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka
mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang
berkekalan ya Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah
anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya
Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka
untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.
Jauhkanlah
hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu
ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau
melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak
mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak
kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya
Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau
redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau
murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah
doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu
kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau
tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau
tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami
ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)









































