Berikut ialah BBM tajuk ke 5 ُالهِوَايَة..... seadanya dari saya...semoga berguna kepada cikgu cikgu gba untuk dijadikan bbm...bbm ini cikgu cikgu boleh edit mengikut kehendak cikgu..
Pages
- Home
- Norma Baru GPI
- Pendidikan Islam
- B.Arab
- Multimedia
- Bilik Tayang
- PBPPP & PPPB
- SPSK
- KSSR Online
- Klinik Jawi
- BAHAN SUP UPSR
- KOLEKSI SOALAN PAI
- KOLEKSI DOODLE
- KOLEKSI FRAME
- Frog Vle
- BILIK BOP
- KOLEKSI BUKU PROGRAM DAN PAMPLET
- LALUAN PPDa
- TUTORIAL PLICKERS
- ZIPGRADE
- SKPMg2
- KOLEKSI KAD GANJARAN
- i-THINK
- KOLEKSI VIDEO PDPC
Wednesday, 29 July 2015
Sunday, 26 July 2015
Saturday, 25 July 2015
'Eidul Mubarak 1436Hijrah
Assalamualaikum wbt.
Dikesempatan ini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada adik beradik, saudara mara, sahabat2,kenalan dan taulan untuk sebarang salah dan silap samada dari segi perkataan,perbuatan atau sebarang kekhilafan sepanjang perkenalan kita.
Semoga Allah curahkan rahmat dan hidayah kepada tuan/puan semua dan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.
Semoga Aidilfitri kali ini disambut dgn gembira bersama keluarga yg tercinta. Berhati2 memandu bagi yg ingin pulang ke kampung halaman.
Eid Mubarak 1436h..! Taqobbalallahu minna waminkum
Dari kami Sekeluarga..
Dikesempatan ini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada adik beradik, saudara mara, sahabat2,kenalan dan taulan untuk sebarang salah dan silap samada dari segi perkataan,perbuatan atau sebarang kekhilafan sepanjang perkenalan kita.
Semoga Allah curahkan rahmat dan hidayah kepada tuan/puan semua dan diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan akan datang.
Semoga Aidilfitri kali ini disambut dgn gembira bersama keluarga yg tercinta. Berhati2 memandu bagi yg ingin pulang ke kampung halaman.
Eid Mubarak 1436h..! Taqobbalallahu minna waminkum
Dari kami Sekeluarga..
Wednesday, 15 July 2015
PEMBENTUKAN INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILIK DARJAH
AMALKAN SIKAP
KEPIMPINAN DEMOKRATIK
Guru mewujudkan interaksi dua hala
dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru
dengan murid-muridnya. Suasana ini
menggalakkan murid-murid mudah untuk berdamping dengan guru, tidak segan untuk
bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.
MENGELOLAKAN
BANYAK AKTIVITI KUMPULAN
Menggalakkan murid-murid berinteraksi antara satu sama lain. Contoh
aktiviti secara berkumpulan ialah aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan,
lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.
MENGGUNAKAN
TEKNIK MENYOAL
Teknik ini digunakan untuk
mendapatkan tindak balas daripada murid dan mencungkil pendapat murid.
MENGGUNAKAN
PERCAKAPAN YANG SESUAI
Selain menggunakan teknik menyoal
untuk mendapatkan tindak balas murid-murid, cara percakapan yang digunakan oleh
guru juga mempengaruhi murid-murid untuk bertindak balas semasa interaksi
antara guru dan murid. Contohnya guru memberi pujian dan meneriman pendapat
murid-murid dengan hati yang terbuka,
MENGGUNAKAN
STRATEGI BERPUSATKAN MURID
Guru memaksimumkan kaedah yang
melibatkan strategi berpusatkan murid. contohnya kaedah perbincangan dan kaedah
penyelesaian masalah. Apabila murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran, interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak langsung.
MENGGUNAKAN
BANYAK ALAT BANTU MENGAJAR
Alat bantu mengajar atau yang
dikenali sekarang sebagai alat bantu belajar biasanya digunakan untuk menarik
perhatian murid-murid untuk belajar. Apabila murid-murid tertarik dengan alat
yang disediakan, murid-murid bertambah semangat untuk mempelajari pelajaran
yang diajar dan beruasaha melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran.
MEWUJUDKAN
SUASANA INTERAKSI YANG KONDUSIF DALAM BILIK DARJAH
Suasana interaksi yang kondusif dalam
bilik darjah boleh diwujudkan dengan menyusunkan keadaan fizikalnya. Ini dapat
dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan
mereka.
MEMBANTU
MURID YANG BERMASALAH
Apabila terdapat murid yang
bermasalah seperti pendiam, pemalu atau penakut, guru perlu membantu murid
tersebut dengan mengadakan sesi kaunseling dan menggalakkan murid tersebut
untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, guru juga
perlu mendorong murid-murid yang lain untuk menerima murid-murid yang
bermasalah dan menyingkirkan mereka. Cara ini dapat melibatkan lebih ramai
murid berinteraksi antara satu sama lain secara tidak langsung.
Sunday, 5 July 2015
Friday, 3 July 2015
ADAKAH PUASA ANDA MEMBERI KESAN KEPADA DIRI
Ramadhan datang membawa seribu makna...Inilah sebaik baik bulan yang didalamnya terkandung rahmat Allah yang tidak terbilang....sedar tidak sedar kita sudah berada di pertenghan bulan Ramadhan...Tetapi adakah ibadah kita sepanjang bulan mulia ini membawa kesan yang baik pada diri kita???? Adakah kita dapat merasakan perubahan positif pada sikap dan akhlak??Dan adakah kita dapat rasakan erti sebenar daripada ibadah puasa yang kita tunaikan setiap kali menyambut ramadhan.....???
Thursday, 2 July 2015
Dhia ur Ramadhan
Salam mawadah wa
rahmah ........
Bertemu kembali di lembaran dan
edisi Ramadhan untuk kita sama-sama menghayatinya. Pastinya peluang yang ada
untuk beramal tidak akan di tinggalkan begitu sahaja. Begitulah Ramadhan yang
kita lalui setiap tahun..Dan seharusnya kita bersyukur kerana dapat bertemu
dengan Ramadhan kali ini.Rahmat dan kasih sayangNya,kita masih lagi dikurniakan
dengan nikmat iman dan Islam. Moga kita tidak menjadi hambaNya yang kufur
tetapi terus bersyukur dan berbakti kepadanya jua..
Terlalu kerap melakukan
kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai satu
kebiasaan.Sehingga pada suatu ketika individu itu sukar untuk meninggalkan
kesalahan tersebut.Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang
rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Maka marilah kita
bersama-sama mengkoreksi diri bagaimana tahap kualiti diri
masing-masing.Beberapa perkara boleh diaplikasikan untuk mengatasi fenomena
ini: seharusnya kita perlu merasa keagungan Allah swt,mendalami ilmu syari’, mencari
persekitaran dan lingkungan yang soleh,tumbuhkan rasa takut su’ul khatimah
(kesudahan yang buruk),banyak mengingati mati dan memuhasabah diri tatkala
datang kelemahan.Menurut Ibnu Qayyim pula, bagi mengatasi kemalasan dari
kekerasan hati ialah, pertama alihkan hatimu dari kekerasan dunia lalu
tempatkan ia diakhirat,kedua hadapkan seluruh hatimu pada pengertian-pengertian
Al-Quran.
Wednesday, 1 July 2015
Jom bina kolam frog anda......
Klik digambar untuk mula...
Paparan ini akan keluar...lihat anak panah merah dan klik di "hop in"
Ta da !!!!.......ermm setelah anda klik di hop in diatas...paparan ini akan keluar....apa tunggu lagi taipkan Yes Id dan password anda disini...
jika sebelum ini anda pernah membuat kolam biasanya selepas masukkan yes id dan password anda akan terus jumpa tapak kolam anda...tetapi kini anda akan jumpa paparan ini sebelum anda ke tapak kolam katak anda ....lihat di anak panah merah klik di Frog vle dan kemudian akan keluar SK SIMPANG RENGAM...sila klik ke perkataan SK Simpang Rengam untuk ke kolam katak anda...
maka akan keluarlah kolam katak anda...
Untuk pengetahuan cikgu cikgu ini baru langkah pertama....ada banyak lagi langkah utk kita edit dan sebagainya....tunggu saya updatekan lg untuk langkah seterusnya...
dari...cikgu siti
Ta da !!!!.......ermm setelah anda klik di hop in diatas...paparan ini akan keluar....apa tunggu lagi taipkan Yes Id dan password anda disini...
maka akan keluarlah kolam katak anda...
Untuk pengetahuan cikgu cikgu ini baru langkah pertama....ada banyak lagi langkah utk kita edit dan sebagainya....tunggu saya updatekan lg untuk langkah seterusnya...
dari...cikgu siti
Subscribe to:
Posts (Atom)